Panduan Untuk Orang Islam


Untuk Renungan Bersama



Subhanallah! Bidadari Dari Syurga Buat Saidina Umar


Subhanallah! Bidadari Dari Syurga Buat Saidina Umar  | Siapa yang tidak kenal dengan perwatakan Khalifah Umar Al-Khattab yang begitu tegas terhadap kepimpinannya. Nabi Muhammad SAW pernah menceritakan tentang seorang bidadari di syurga. Bidadari tersebut telah diciptakan Allah SWT khas buat Saidina Umar r.a. Kita juga tertanya-tanya bagaimanakah wajah bidadari di syurga nanti. Semua itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Apa yang kita perlu lakukan adalah sentiasa beribadah dengan ikhlas kepada Allah SWT.


Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya”.
Rasulullah SAW menjawab, “Sudah…”!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur’an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur’an lainnya.
Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi’raj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi’rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya.
Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, “Wahai Jibril AS bidadari siapakah itu?”. Malaikat Jibril AS menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.“. Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya”.

AWAS! KEPAK AYAM PALSU BUATAN CHINA


AWAS! Kepak Ayam Palsu Buatan China |  Produk China menyerang lagi.. Terdapat banyak produk palsu dari China. Sebelum ini kita telah lihat mengeluaran telur palsu, susu tepung dicemari melamin, elektronik dan juga pemalsuan Apple Store. Immposibble is nothing.

Terbaru adalah pemalsuan kepak ayam.. diulangi..kepak ayam yang belum digoreng. China melaporkan bahawa sayap ayam palsu telah sedia untuk dipasarkan di kedai2 jalanan. Warna, tekstur dan penampilan kepak ayam adalah tidak berbeza dari kepak ayam sebenar dan melainkan jika anda seorang pakar makanan, anda tidak boleh mencari perbezaa. 


Baru-baru ini, seorang pengguna di China telah membeli 500 gram kepak ayam palsu di pasar raya Guangzhou. Dan dia tahu bahawa sayap ayam ini telah dihasilkan di Weifang, sebuah bandar wilayah-peringkat di tengah-tengah wilayah Shandong.

Harga adalah lebih murah daripada biasa. Apabila memasak  kepak ayam tersebut untuk kira-kira 20 minit, warna dan tekstur kekal sama, yang daging kelihatan tranparent dan seperti agar-agar. Beliau mengambil menggigit dan mendapati ia terlalu kenyal dan susah untuk menelan.

Beliau fikir mungkin belum cukup masak dan beliau menggoreng lagi selama sepuluh minit. Sekali lagi, ia masih sukar untuk menelan. Lelaki itu mula mengesyaki apa yang dia telah dimakan, jadi dia dihubungi peruncit tetapi orang yang menjawab telefon mendakwa bahawa dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan makanan dan tahu apa-apa tentang kepak ayam itu.

Adakah benar-benar beberapa sayap ayam palsu telah dijual di China? Media tempatan China membuat beberapa kesimpulan. Pertama, membuat sayap ayam palsu memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi dan pengetahuan biologi.

Untuk memalsukan kepak ayam, ia adalah rumit untuk ‘meniru’ daging melekat pada tulang. kadang2 terlalu tidak logik. Kepak palsu kononnya mungkin telah disuntik beberapa jenis gelatin yang boleh dimakan dan air, dan kimia sebatian yang tidak diketahui untuk menjadikan ia lebih berisi dan lebih berat, untuk menjual pada harga yang lebih tinggi.

Di sebalik ini, beberapa penduduk China masih tidak percaya dan mengejek bahawa jika seseorang itu boleh membuat kepak ayam palsu, maka dia pasti akan memenangi Hadiah Nobel. Sementara itu, skepak ayam palsu masih di bawah penyiasatan untuk mengetahui sama ada memudaratkan kesihatan orang. 


KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU



Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.


Golongan Manusia Yang Solat Tidak Diterima Allah


9 Golongan Manusia Yang Solat Tidak Diterima Allah | Solat merupakan tiang agama bagi seseorang mukmin. Ibarat sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh maka akan roboh lah rumah itu. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)


Solat lah walau dimana sahaja kamu berada

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
Wallahualam.


Kisah Azab Ngeri Mayat Bertatoo Salib


Kisah Azab Ngeri Mayat Bertatoo Salib | Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.


Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.
Pengajaran Cerita
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah.Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
3. Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
4. “Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. TETAPI ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.

10 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya



Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.

Antara tanda-tandanya ialah : 

1. Takut bertentang mata bila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.

Wallahualam

Berhati-Hati! Ada Buku Panduan Solat Yang Ditulis Pihak Kristian


Buku panduan solat lazimnya khusus untuk kegunaan mereka yang mengamalkan ajaran agama Islam..Namun, kini, anda perlu berwaspada kerana kini terdapat juga buku panduan solat yang dikarang oleh pihak Kristian Orthodox Syiria..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Di dalam Al-Qur’an. kita sering menemui ayat “Aqimus Sholah” (tegakkan solat), sebagai sebahagian dari perintah Allah SWT kepada kaum Muslim untuk beribadah.

Tetapi jangan keliru, kerana kebelakangan ini, terdapat di kalangan pihak Kristian Otodox Syiria (KOS) yang menggunakan ayat yang serupa dan mirip seperti yang terdapat dalam bahasa Al-Qur’an ini.

Baru-baru ini, sebilangan pihak Kristian Ortodox Syiria telah menerbitkan sebuah buku panduan solat berjudul “Shalat Rabbaniyah” yang ditulis oleh Ignatius Bambang Soetawan.

Isi buku yang setebal 120 halaman ini turut mempunyai tafsir ringkas (refleksi) tentang “Doa Bapa Kami” yang dikutip dari kitab Injil Matius 6: 9-13.

Bambang merupakan seorang alumni di Sekolah Tinggi Falsafah Teologi Prajnawidya di Yogyakarta pada tahun 1971.

Selain buku mirip ayat khas Islam tersebut, Yayasan Misi Orthodoxia yang diketuai oleh Pendeta Yusuf Roni juga menerbitkan buku panduan solat Kristian yang berjudul “Kitabus Sab’us-Shalawat” (solat 7 waktu).

Jika ada pihak yang tidak paham, hal seumpama ini pasti akan menjadi kecoh dalam kalangan umat Islam. Apatah lagi, mereka menggunakan bahasa yang mirip ayat suci Al-Qur’an.

Kristian Orthodox Syiria juga menggunakan pakaian yang mirip dengan masyarakat Islam seperti jilbab. kopiah dan lain-lain

Semoga ini boleh menjadi informasi untuk semua kaum Muslim.


p/s: Harap ini boleh menjadi panduan untuk umat Islam yang lain..Beli lah buku panduan solat yang diperakui kesasihannya oleh JAKIM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan